HOME

HOME
About Us
Guidelines For Child Friendly Healthcare
Poetry Corner
About Institut Pediatrik
Pusat Sumber Keluarga
"Sudut Suria KLCC"
- About the Pusat
- Photo Gallery
- VCD Resources
- Brochures Resources
- Multimedia Resources
Senarai Jabatan Kebajikan Masyarakat
Useful Links
Contact Us


Sponsored by

 

 

 

 

 

 



Click For Help



 
Sudut Suria KLCC
Pusat Sumber Keluarga
Institut Pediatrik Hospital KualaLumpur

  1. Latar belakang

  1. Pada 18hb Oktober 1999 Menteri Kesihatan YB Dato' Chua Jui Meng didalam ucapan perasmian bengkel terapi mainan untuk jurulatih terapi di Institut Pediatrik telah menggesa agar inisiatif diambil untuk menjadikan hospital diseluruh negara berciri mesra kanak kanak. Anggota Institut Pediatrik telah rnenyambut cabaran ini, berbincang dan berpendapat bahawa inisiatif ini memerlukan pembentukan piawai dan kriteria yang dipersetujui ramai oleh sernua pihak yang berkaitan. Pihak Institut berpendapat bahawa perlunya diwujudkan kerjasama diantara badan kerajaan yang lain serta juga penyertaan badan-badan bukan kerajaan didalam usaha ini. Penyertaan berbagai pihak amat penting untuk menghasilkan satu dokumen yang boleh diterirna dan digunapakai oleh semua yang berkaitan. Cadangan dan pandangan masyarakat terhadap perkara ini akan menguatkan dan memantapkan lagi piawai tersebut. Cara yang difikir terbaik untuk mendapat penglibatan semua yang berminat dan melaksanakannya pula ialah dengan menubuh satu gabungan yang dapat melibatkan seberapa ramai ahli rnasyarakat, pakar perubatan dan anggota profesion sekutu kesihatan dari kedua sektor awam dan swasta. Idea ini telah mencetuskan penubuhan satu Persatuan yang telah dinamakan Persatuan Kesihatan Mesra Kanak-Kanak Negara Malaysia. Penaungnya yang pertama dan yang kini ialah Y.A Bhg. Dato' Seri Endon Mahmood. Persatuan ini telah dilancarkan dengan rasminya pada bulan 3 Mei 2001 oleh beliau.

  2. lnisiatif Kesihatan Mesra Kanak-Kanak menuntut agar perkhidmatan rawatan yang diberi kepada kanak-kanak haruslah mengambil kira aspek psikososial, keperluan perkembangan dan pertumbuhan pesakit kanak-kanak serta kepentingan keluarganya. Persatuan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan badan-badan kerajaan yang lain telah menghasilkan dua belas piawai yang dibentuk atas dasar bahawa kanak-kanak dan remaja haruslah dikendalikan disatu tempat yang bersesuaian, oleh anggota yang terlatih khusus dan memenuhi keperluan Konvension Antarabangsa mengenai hak Kanak-Kanak (United Nations Convention on the Rights of the Child).

  3. Pada hari pelancaran Persatuan, satu dokumen yang mengandungi piawai dan kriteria 'Garispanduan Kesihatan Mesra Kanak-Kanak' telah diserahkan kepada YB. Menteri Kesihatan sendiri untuk persetujuan Kementerian agar ianya dapat digunapakai di seluruh negara termasuk di pihak swasta. Semenjak ianya diterima oleh Kementerian Kesihatan dokumen tersebut telah disebar luas di seluruh negara dan telah mendapat sambutan yang baik dari semua pihak. Institut Pediatrik dengan kerjasama Persatuan Kesihatan Mesra Kanak-Kanak telah mengambil langkah yang gigih untuk melaksanakan kesemua piawai dan kriteria yang telah dipersetujui agar usaha ini dicontohi oleh semua pihak di dalam negara. Anggota Institut Pediatrik dengan kerjasama ahli Persatuan telah juga membuat lawatan kebeberapa buah hospital dalam negara untuk mempromosi Garispanduan ini.

  4. Pusat sumber keluarga adalah diantara beberapa keperluan yang difikirkan perlu untuk melaksanakan piawaian mesra kanak kanak. Pihak Hospital Kuala Lumpur khususnya Institut Pediatrik telah berusaha untuk mewujudkan sebuah ruang untuknya dan telah bekerjasama dengan Persatuan Kesihatan Mesra Kanak-Kanak mencari sumber kewangan serta merancang reka-bentuk dan fungsi pusat ini.


  1. Penglibatan Suria KLCC

  1. Pada 27 Jun 2001, Suria KLCC telah menganjurkan satu aktiviti amal kemasyarakatan bernama "Charity Bear Auction" atau Lelong Amal Patung Beruang bersempena dengan sambutan ulangtahun ketiga Suria KLCC. Lelongan amal ini adalah dibawah naungan YA Bhg. Dato' Seri Endon Mahmood. Sebanyak 61 patung beruang yang telah dihias oleh peniaga Suria KLCC dengan jenama mereka dan palling beruang istimewa dihias oleh YA Bhg. Dato' Seri Endon Mahmood sendiri, telah dilelong. Lelongan patung beruang ini telah dihadiri oleh YA Bhg. Dato' Seri Endon, Y.Bhg. Puan Sri Datin Seri Noor Ainee Che' Teh, isteri Pengerusi Suria KLCC Y.Bhg. Tan Sri Dato' Seri Zainul Abidin, para pelanggan Suria KLCC, peniaga dan pihak pengurusan Suria KLCC. Sejumlah RM 266,590.00 telah dapat dikutip termasuk lelongan patung beruang hiasan YA Bhg. Dato' Seri Endon Mahmood yang mendapat lelongan tertinggi sebanyak RM 22,000.00.

  2. Hasil dari kutipan lelongan ini, Suria KLCC telah mendermakan sejumlah RM 180,000.00 untuk pembinaan sebuah Pusat Sumber Keluarga yang diberi nama Sudut Suria KLCC. Pembinaan Sudut Suria KLCC ini merupakan pemberian kepada lnstitut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur melalui Persatuan Kesihatan Mesra Kanak-Kanak dan telah diselenggarakan sendiri oleh pihak pengurusan Suria KLCC dengan kerjasama Zainal Arkitek dan kontraktor ADNH Resources Sdn. Bhd. Pembinaan termasuk kelengkapan peralatan dalaman seperti alat pandang dengar dan komputer. Projek telah bermula pada bulan Februari 2003 dan siap pada bulan Mei 2003.


  1. Fungsi Pusat Sumber Keluarga

  1. Pusat sumber ini merupakan pusat maklumat utama untuk keluarga dan pesakit. la akan berfungsi sebagai satu pusat penerangan dan pendidikan untuk peningkatan kesihatan. Pusat ini dibuka setiap hari mulai jam 8 pagi hingga 4.30 petang kecuali pada hujung minggu dan hari cuti umum. Antara lain pusat ini memberi perkhidmatan saperti berikut:-

  1. Menyediakan maklumat dan memberi penerangan mengenai penyakit seorang kanak-kanak selepas diketahui diagnosisnya.

  2. Menjalankan pendidikan pesakit melalui pengajaran berkumpulan atau berkelompok.

  3. Menyediakan bahan membaca dan alat pandang dengar serta lain-lain media yang sesuai.
  1. Menjalankan sesi kaunseling berkelompok

  2. Menyampai maklumat mengenai penggunaan peralatan perubatan yang diperlukan oleh ibu bapa untuk rawatan anak mereka di rumah saperti alat pemekatan oksigen (home oxygen concentrators), pundi kolostomi (colostomy bag).

  3. Menyedia maklumat mengenai pencegahan kecederaan dan keracunan.

  4. Menyedia maklumat terperinci mengenai kumpulan sokongan sukarela dan ajensi bantuan kanak-kanak di Malaysia.

  5. Memberi maklumat kepada masyarakat dan pesakit di luar Wilayah Persekutuan mengenai lnstitut Pediatrik dan kemudahan di dalamnya melalui telefon dan internet.

  6. Mengatur lawatan orientasi untuk pesakit dan keluarga sebelum masuk ke hospital.

  7. Lain-lain kemudahan yang difikirkan perlu dari masa ke semasa.


  1. Sumber Yang Disediakan

  1. Brosur pendidikan
  2. Cakera padat pendidikan
  3. Program komputer
  4. Bahan bacaan
  5. Bahan video

Beberapa bahan sumber boleh diberi untuk dibawa pulang tetapi ada yang hanya boleh diguna di Pusat Sumber sahaja.


  1. Kakitangan Pusat Sumber Keluarga

    Pada peringkat permulaan seorang Jururawat Terlatih akan ditempat di pusat tersebut dan dibantu oleh kakitangan sokongan yang lain dari masa ke semasa. Pakar-pakar dan anggota profesion perubatan dan kesihatan yang dirasakan perlu untuk mengatasi masalah pesakit boleh dipanggil untuk ditemui jika sesuai dan perlu.


  2. Perkembangan Masa Hadapan Pusat Sumber Keluarga

    Adalah diharapkan pusat ini akan berkembang dengan mewujudkan lagi beberapa perkhidmatan yang berteraskan kesejahteraan keluarga. Pusat ini mengharapkan sumbangan dari pihak yang berkemampuan supaya ianya dapat menjadi satu pusat yang menjalankan aktiviti yang boleh menambah nilai kepada usaha lnstitut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur untuk menjadi sebuah Hospital Mesra Kanak-Kanak.



 Print Friendly

  Copyright © 2003. All Rights Reserved. Cornerstone Corp. S/B Tel: