HOME

HOME
About Us
Guidelines For Child Friendly Healthcare
Poetry Corner
About Institut Pediatrik
Pusat Sumber Keluarga
"Sudut Suria KLCC"
Senarai Jabatan Kebajikan Masyarakat
Useful Links
Contact Us


Sponsored by

 

 

 

 

 

 



Click For Help



 
LATAR BELAKANG
INSTITUT PEDIATRIK, HOSPITAL KUALA LUMPUR
DAN

PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN


Institut Pediatrik merupakan Hospital Kanak-kanak pertama yang ditubuhkan di negara ini. la diharapkan akan menjadi daya penggerak bagi memperkembangkan perkhidmatan perubatan untuk menampung keperluan kanak-kanak di seluruh negara.

  1. PEMBINAAN INSTITUT PEDIATRIK

    Kerja-kerja untuk mendirikan bangunan Institut Pediatrik telah dimulakan pada tahun 1982. Malangnya pembinaan bangunan telah tergendala pada pertengahan tahun tersebut disebabkan kemerosotan ekonomi negara. Oleh kerana keperluan perkhidmatan dan pendidikan mahasiswa perubatan UKM yang begitu mendesak, bangunan lama Falkulti Perubatan UKM telah diubahsuai dan pesakit-pesakit kanak-kanak yang tidak memerlukan pembedahan dipindahkan ke bangunan tersebut pada tahun 1988. Sungguhpun demikian, pembinaan bangunan Institut Pediatrik telah diteruskan semula dan telah dapat disiapkan pada awal tahun 1991. Bangunan baru telah mula digunakan pada 18 Mei 1991, dimana pesakit-pesakit telah mula dimasukkan ke wad-wad pada 3 Jun, 1991.

  2. PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN 

  1. Disamping memberikan perkhidmatan kepada penduduk di sekitar Lembah Klang, Institut Pediatrik juga menjadi Pusat Rujukan Negara, dalam semua bidang Pediatrik di seluruh negara. Pelanggan kepada Institut ini adalah merupakan pesakit kanak-kanak yang berumur diantara 0 hingga 12 tahun.

  2. Jumlah keseluruhan katil yang dikendalikan oleh Institut ini kepada pesakit-pesakit ialah 422 katil. Jumlah katil yang sama juga disediakan kepada ibu pesakit. Sebanyak 319 katil dikendalikan oleh Jabatan Pediatrik, 64 katil oleh Jabatan Surgeri, 32 katil oleh Jabatan Ortopedik dan 7 katil oleh Jabatan Anestesiologi. Pada masa ini Institut Pediatrik mempunyai 17 wad iaitu wad KK1 hingga KK9, KS, K7, ICU (Intensive Care Unit), BMT (Bone Marrow Transplant), HDW (High Dependency Ward), Wad Kebakaran, Day Care Unit dan SCN (Special Care Nursery).

  3. Bidang kepakaran baru yang telah ditubuhkan ialah Neonatologi, Neurologi, Nefrologi, Hematologi/Onkologi dan Bone Marrow Transplant. Unit Neonatologi adalah merupakan wad Rawatan Bayi Intensif bagi bayi-bayi yang dilahirkan bermasalah. Unit Hematologi/Onkologi menyediakan perkhidmatan terkini kepada kanak-kanak yang mengidap penyakit kanser dan leukemia. Unit Neurologi pula menyediakan perkhidmatan kepada pesakit-pesakit otak dan urat saraf. Rawatan Dialisis Peritoneal dan Biopsi Renal juga disediakan kepada kanak-kanak yang mengidap penyakit buah pinggang di Unit Nefrologi. Selain daripada itu, perkhidmatan hemodialisis dan pemindahan buah pinggang kanak-kanak dilakukan di Institut Urologi HKL. Unit Bone Marrow Transplant telah beroperasi pada bulan Julai 1994 dan merupakan projek ulung Kementerian Kesihatan. Rawatan pertama telah dilakukan pada awal Ogos, 1994.

  4. Kerjasama agensi-agensi luar amat dialu-alukan bagi membolehkan program rehabilitasi diperingkat masyarakat (Community Based Rehabilitation Programme) dilaksanakan. Selain daripada itu pendaftaran kanak-kanak yang cacat dan yang disyaki mungkin cacat, sedang diatur untuk mengenal kanak-kanak ini secepat mungkin supaya rawatan awal dapat diberikan.

  5. Institut Pediatrik juga menyediakan perkhidmatan rawatan pembedahan kepada kanak-kanak terutama sekali bayi baru lahir. Adalah diharapkan pembentukan "subspeciality" dalam pembedahan kanak-kanak dapat diwujudkan. Institut ini memerlukan sekurang- kurangnya 4 (empat) "subspeciality" tersendiri iaitu "Pediatrik Urologi", "Pediatrik Onkologi", "Pediatrik Hepatobiliry Surgery" dan "Pediatrik Thorasic Surgery". Adalah diharapkan juga program pemindahan hati untuk kanak-kanak yang mempunyai kerosakan hati yang serius akibat "non malignant conditions" akan dapat diwujudkan suatu hari nanti di Institut ini.

  6. Institut Pediatrik juga memberi pendidikan dan latihan di peringkat prasiswazah dan siswazah lanjutan yang ulung di bidang pediatrik di mana Universiti Putra Malaysia juga memberikan perkhidmatannya di Institut ini. Institut ini memberi perkhidmatan dalam bidang Pediatrik Am serta bidang-bidang kepakaran Respiratori (penyakit pernafasan), Endokrinologi (penyakit yang melibat organ-organ yang mengeluarkan hormon), kardiologi (penyakit jantung), Hematologi dan Onkologi (penyakit darah dan kanser), Neurologi (penyakit urat-saraf dan otak), Neonatologi, Psikologi Klinikal dan Psikiatri. Selain dari itu, unit SCAN (Suspected Child Abuse & Neglect) juga dijalankan disini. Unit ini terkenal dengan aktiviti-aktiviti mengenai penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

  1. KEMUDAHAN-KEMUDAHAN DI INSTITUT PEDIATRIK

  1. Untuk menjalankan pendidikan kepada pelajar-pelajar dan kakitangan di Institut ini, satu oditorium yang boleh memuatkan 200 orang peserta dan 3 bilik seminar yang boleh memuatkan diantara 20 hingga 25 orang disediakan.

  2. Untuk mententeramkan jiwa kanak-kanak, dinding-dinding dan wad-wad telah dihias dengan lukisan-lukisan dan mural yang menarik. Bilik permainan, taman permainan kanak-kanak, taman Orkid dan kolam ikan juga disediakan di luar wad bagi mengindahkan lagi persekitaran di Institut ini.

  3. Ibu kanak-kanak digalakkan mengiringi anak mereka semasa di wad untuk menghindarkan kanak-kanak dari tertekan secara emosi. Ibu- ibu diberi katil tidur bersebelahan anak mereka. Untuk menampung keperluan bapa dari luar Kuala Lumpur, satu bilik dilengkapi dengan katil-katil dan beberapa kemudahan asas yang lain juga disediakan.

  1. SUMBANGAN MASYARAKAT

  1. Institut Pediatrik telah banyak menerima sumbangan dari pihak swasta dan badan-badan sukarela serta individu samada yang menderma dalam bentuk wang ringgit kepada Tabung Amanah Kanak-kanak atau alat radas, kemudahan rekreasi kanak-kanak dan juga tenaga sukarela, untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan yang sedia ada.

  2. Pada keseluruhannya Institut Pediatrik menyediakan perkhidmatan perubatan yang lengkap yang mementingkan keselesaan dan ketenteraman jiwa kanak-kanak dan ibu bapa yang menjaga mereka semasa berada di hospital. Azam kakitangan Institut ini adalah untuk terus mempertingkatkan lagi prestasi perkhidmatan dari masa ke semasa.

  3. Kepada semua pihak yang terlibat menyumbangkan wang ringgit, tenaga dan buah fikiran di dalam usaha Institut ini meningkatkan perkhidmatan dan keselesaannya kepada pesakit ke tahap yang ada pada hari ini, diucapkan ribuan terima kasih.



 Print Friendly

  Copyright © 2003. All Rights Reserved. Cornerstone Corp. S/B Tel: